Cara pemasaran atau promosi Produk Affiliate
– Ada tak panduan khusus percuma yang boleh dijadikan batu asas untuk
membuat pemasaran produk Affiliate? Jawapannya tentulah ada,
Anda Cuma perlu tanya sahaja pakcik google sure ada jawapannya. Nak
percuma kenalah rajin buat homework. Nak lebih mudah belajar dari ilmu
yang berbayar. Saya pegang pada kata orang tua, Duit boleh dicari,
tetapi ilmu? mana nak dapat bang.. tak ramai orang yang ada. Kecuali
berguru dengan yang pakar.
Kalau anda tak faham kiasan tu, buat-buat faham ajelah. Disini saya cuma
nak kongsi bukan 1 TETAPI 5 Teknik Panduan Cara Pemasaran atau Promosi
Produk Affiliate yang boleh dikatakan berkesan jika kena tempatnya. Hehe
Duit itu tidak akan bergolek dengan sendirinya walaupun kita panggil
duit secara online. Jika nak buat duit melalui internet anda WAJIB
menguasai ilmu pemasaran internet. Tanpa pemasaran atau promosi yang
berkesan jangan harap anda akan dapat menjana pendapatan secara online
bahkan dari rumah anda sekalipun.
Jom kita lihat apa itu 5 elemen atau teknik pemasaran produk affiliate berkesan
1. Pemasaran atau Promosi melalui pengiklanan PERCUMA
Saya tahu anda pasti sukakan yang percuma sebab itulah saya berikan anda
tajuk ini. Sebenarnya kaedah ini kurang berkesan tetapi saya juga ada
mencubanya dan berjaya menghasilkan beberapa jualan produk affiliate.
Cuma anda perlu pelbagaikan ayat-ayat promosi dan fokus kepada link
Affiliate. Jika boleh, buatkan pelawat tak tidur malam kalau tak membuat
klik link affiliate anda. Jangan ulang ayat yang sama kerana ia lebih
dilihat sebagai spam. Kalau boleh, buat promosi secara berjadual
contohnya 1-5 promosi pengiklanan sehari. Anda boleh post iklan Percuma
di bawah:
mudah-iklan.blogspot.com
free-ni.blog.blogspot.com
iklanhangat.blogspot.com
hantariklan.blogspot.com
iklanselamba.blogspot.com
post-je.blogspot.com
iklan1malaysia.blogspot.com
mudah-iklan.blogspot.com
free-ni.blog.blogspot.com
iklanhangat.blogspot.com
hantariklan.blogspot.com
iklanselamba.blogspot.com
post-je.blogspot.com
iklan1malaysia.blogspot.com
iklanpasangsiap.blogspot.com
iklandimudah.com
webniaga.net
mudahiklan.biz
2. Pemasaran atau Promosi melalui Forum
Forum adalah tempat terbaik untuk anda membuat promosi. Sebaik-baiknya
bina kredebiliti anda dahulu di ruangan forum supaya anda dikenali
sebagai individu yang serius hasilkan duit dari internet. Anda boleh Letakkan banner ataupun ayat-ayat power di
ruangan Signature sebagai umpan untuk memancing pelawat membuat klik
pada link affiliate anda. Jangan lupa perkenalkan diri dan komen secara
beretika sepuas puasnya. Pilih Niche yang sesuai dan lakukan komen
secara berjadual. Tak perlu habiskan masa seharian untuk komen di laman
forum. Yang penting umpan yang dipasang adalah daripada adunan terpilih.
Anda boleh join laman forum di bawah.
http://www.wangcyber.com
http://www.mesra.net/forum
http://jiwang.org
http://mesra.net
http://www.tokeikedai.net.my
http://forum.lowyat.net/
http://bincang.net/forum
http://carigold.com/
http://www.bicarajutawan.com/forum/
http://forum.kedaikopiim.com/
3. Pemasaran atau Promosi menggunakan Facebook
Malas saya nak cerita banyak pasal Facebook. Saya list beberapa teknik percuma untuk membuat pemasaran Affiliate di Facebook.
a. Gunakan Wall Post
Gunakan kreativiti anda sendiri untuk memasang ayat-ayat umpan. Jangan
lupa masukkan link affiliate. Tinggalkan mesej yang berbentuk persoalan
untuk menarik minat pelawat ingin tahu.
b. Gunakan Event
Isi keterangan ringkas tentang apa yang ingin anda sampaikan atau aktiviti yang ingin anda lakukan
c. Sampaikan artikel ringkas di dalam Note
Hasilkan artikel yang memberi informasi mengenai Affiliate yang ingin anda promosikan
d. Private message dan Foto
Hantar mesej kepada rakan-rakan FB anda secara beretika. Jangan sesekali
menghantar mesej kepada orang yang anda tidak kenali kerana anda akan
dianggap membuat spam. Sampaikan foto dalam bentuk yang menarik
perhatian orang ramai .
e. Gunakan FB Fan page/groups
Saya rasa artikel berkenaan pemasaran Facebook Fanpage ini telah saya huraikan panjang lebar. cari sendiri lah
g. Chatting
Sambil berchatting selitkan beberapa link affiliate dan anda perlu
pasang strategi untuk membuat pemasaran sebegini. Tackle dulu masalah
rakan anda. Gunakan pendekatan Soft selling.
4. Pemasaran atau Promosi mengggunakan Blog
Gunakan blog anda sebagai landing page. Sebaik-baiknya 1 blog untuk 1
produk Affiliate atau 1 Niche sahaja. Jangan pelbagaikan kerana anda
dilihat macam tak professional. Tuliskan review berkenaan produk
affiliate dan tips. Anda boleh sertakan bonus tambahan sekiranya pelawat
membeli produk affiliate dari link affiliate anda. Pasang banner di
ruangan blog anda dan Jangan terlalu banyak kerana ia buatkan blog anda
nampak tak kacak dan tak pro.
Kaedah kedua, buat carian blog yang bersangkutan dengan affiliate anda
contohnya anda nak mencari blog buat duit online, Anda boleh menaip di
google
“blog buat duit online”
Kemudian tinggalkan komen-komen membina di blog-blog yang telah anda
pilih. Subscibe blog berkenaan untuk memastikan anda mendapat komen yang
pertama.
5. Pemasaran atau Promosi menggunakan email
Pemasaran email merupakan teknik pemasaran atau promosi yang terbaik.
Ia mudah untuk diselenggara, Anda Cuma perlu copy ayat-ayat promosi dan
kongsikan kepada rakan-rakan anda. Sebaik-baiknya buat dalam bentuk
share seolah-olah anda tawarkan satu peluang kepada rakan-rakan anda dan
tak mengkhususkan kepada satu orang.
Anda boleh gunakan Autoresponder seperti Aweber atau getrespond. Web ini
bertujuan untuk mengumpul mailing list dan membuat penghantaran email
secara sistematik dan beretika. Ada juga Autoresponder percuma macam
emailtik. Anda boleh mencubanya percuma pada pautan ini >> Autoresponder Emelmatik
Tak ada perkara yang mudah dalam dunia ini dan saya juga tak janjikan
dengan Panduan Cara Pemasaran atau Promosi Produk Affiliate ini anda
terus berjaya hasilkan 5 Angka hanya dalam satu malam. Walaupun begitu,
semua itu tak mustahil untuk anda perolehinya. Kunci kejayaan adalah
kesabaran dan kesabaran itu penting kerana saya juga pernah tak dapat
sebarang jualan dalam setahun.
Anda tidak perlu jadi seorang pakar atau dapatkan segulung ijazah untuk
mempromosikan produk affiliate. Anda perlu mencari program affiliate
yang dirasakan boleh menjana jualan untuk anda. Tugas anda hanya membawa
pelawat ke laman web affiliate. Inilah satu-satu cara yang mudah untuk
cari duit sampingan dari internet. Beza antara orang berjaya dan gagal
adalah usaha yang dilakukan.
Sekiranya anda malas untuk membaca, saya sarankan anda tonton Kursus Affiliate Marketing Rahman Basri.
Ini satu-satunya kursus dalam bentuk video berkenaan pemasaran
Affiliate yang berkesan dan paling mudah diamalkan untuk hasilkan
jualan. Mana tahu selepas ini rezeki anda pula tercatat sebagai top
affiliate di Jomniaga.
Salam Sukses
Tidak ada komentar:
Posting Komentar